Mac
29

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

KEPADA SEMUA PELAWAT BUDIMAN, UNTUK MAKLUMAN LAMAN BLOG INI TELAH PUN BERPINDAH KE ALAMAT YANG BARU SEPERTI BERIKUT:

http://smkcmyusuf.blogspot.com/ 

Harap dapat mengklik ke alamat seperti di atas bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai sekolah ini

SEKIAN TERIMA KASIH

Jul
29
Filed Under (Uncategorized) by on 9:32 pm

Pada 17 Julai 2010 telah berlangsung satu program yang dinamakan KOKO FEST. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Lee Chee Leong iaitu Adun Malim Nawar merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Tahniah! kerana program telah dapat dianjurkan dengan sempurna seperti yang dirancangkan. Syabas dan tahniah kepada semua guru yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Photobucket

Pengetua mengiringi Dato’ Lee Chee Leong ke astaka bagi ucapan perasmian

Photobucket

Dari Kanan Datin Normah Hanum bt Dato’ Ibrahim ( YDP PIBG ), Dato’ Lee Chee Leong dan Puan Aziah bt Mohd Rafei

Photobucket

Ucapan Pengetua

Photobucket

Ucapan oleh Datin Normah Hanum bt Dato’ Ibrahim

Photobucket

Ucapan perasmian oleh Dato’ Lee Chee Leong

Syabas dan tahniah kepada Persatuan Seni Silat Gayong SMKDBCMY kerana telah berjaya menunjukkan persembahan yang menarik ketika Program Koko Fest baru-baru ini. Berikut adalah aksi-aksi ahli persatuan yang telah berjaya di rakam ketika persembahan pada Program Koko fest yang lalu.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Mei
22

Hari Anugerah Cemerlang telah berlangsung pada 12 Mei 2010 bersamaan hari Rabu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ir Badiuzzaman yang merupakan seorang bekas pelajar yang amat berjasa terhadap sekolah. Beliau sentiasa memberikan sumbangan untuk pembangunan sekolah ini. Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan penghargaan terhadap beliau dan semua yang terlibat menjayakan program ini.

pengetua dan pegawai PPD

Pada 5hb April 2010 pihak PPD telah mengadakan lawatan kerja ke SMK Dato Bendahara C.M Yusuf. Di dalam lawatan kerja ini pihak PPD telah mengambil kesempatan untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah ini selain dari memantau secara dekat pengurusan kurikulum, kewangan dan lain-lain lagi. Di akhirnya pihak PPD amat berpuas hati dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah ini. Kepada pihak PPD kami di sekolah ini mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjejakkan kaki ke sekolah kami.  

Ucapan Tuan PPD

Tuan Pegawai PPD memberikan ucapan ketika perhimpunan kepada semua pelajar

Barisan pegawai PPD

Barisan Pegawai PPD yang hadir

 

Murid-murid

Pelajar-pelajar khusyuk mendengar ucapan Tuan PPD Kinta Selatan

pengetua dan pegawai PPD

Kenang-kenangan 

Apr
19
Filed Under (Uncategorized) by on 10:40 pm

Kepada semua pelajar dan warga cm yusuf…hayatilah poster ini…

kami prihatin

Apr
08

Majlis Pentaulihan Pengawas telah berlangsung pada 3hb Mac 2010. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Ramli daripada Pusat Pemulihan Akhlak Batu gajah. Majlis berlansung dengan baik. Program berjalan dengan lancar dan teratur seperti dirancang. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru-guru.

Video Klip ciptaan Muhamad Hazim

Ingatlah Kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

~???~

Mac
11

Suasana semasa pengambilan keputusan SPM 2009. Kepada pelajar yang lulus dan cemerlang tahniah diucapkan dan kepada yang gagal..tidak beerti gagal selamanya.